Nuffnang Ads

Selasa, 16 Disember 2014

Bola Sepak : Liga Juara-Juara Eropah 2014/15 : Pusingan 16 Terbaik

Liga Juara-Juara Eropah musim 2014/15 telah memasuki peringkat 16 pasukan terbaik. Dalam undian yang telah diadakan pada 15 Disember 2014 di rumah bolasepak UEFA Nyon, Switzerland juara bertahan iaitu pasukan Real Madrid dijadualkan bertemu dengan kelab Jerman, Schalke 04 manakala naib juara musim lalu, Atletico Madrid pula bertemu dengan Bayer Leverkusen. Antara perlawanan-perlawanan lain ialah PSG - Chelsea ; Manchester City - FC Barcelona ; Juventus - Dortmund ; Shakhtar - FC Bayern Munich ; Arsenal - AS Monaco dan FC Basel - FC Porto. 16 pasukan ini akan bertemu secara timbal balik dengan 8 pasukan akan melangkah ke pusingan suku akhir.

Jadual perlawanan dijadualkan pada 17, 18, 24 & 25 Februari 2015 untuk pusingan pertama manakala pada 10, 11, 17 & 18 Mac 2015 untuk pusingan kedua. Berikut adalah keputusan undian 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah 2014/15 akan datang :
Pautan kekal imej terbenam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa