Nuffnang Ads

Selasa, 9 Disember 2014

Bola Sepak : Pasukan ATM FA 2015

Pasukan ATM FA atau The Gladiators pastinya ingin bangkit daripada kekecewaan musim Liga Malaysia 2014 apabila sekadar menamatkan aksi di kedudukan kesepuluh daripada 12 pasukan serta hampir tersingkir ke saingan Liga Premier 2015. Di bawah bimbingan Ketua Jurulatih berpengalaman, B.Santhianathan The Gladiators pastinya akan menjadikan musim Liga Malaysia 2015 sebagai musim yang cemerlang untuk mereka. Mempertaruhkan barisan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda dan pemain-pemain import berkualiti, pasukan ATM FA pastinya bakal melakukan kejutan demi kejutan ke atas pasukan-pasukan lain yang bersaing dalam Liga Super 2015.

Berikut adalah senarai pemain-pemain pasukan ATM FA yang bakal menggalas cabaran The Gladiators dalam Liga Malaysia 2015 akan datang :

Penjaga Gol :
Mohd. Hafizudin Azuhar, Razi Efendi Suhit, Syed Adney Syed Hussein 

Pertahanan :
Amirizdwan Taj Tajudin, K.Reuben, Azmeer Yusof, Badrul Hisham Mohd. Suffian, Mohd. Riduwan Ma'on, Mohd. Azreen Zulkifli, Nor Fazly Alias, Obinha Nwaneri (Nigeria), Raja Mohd. Riduwan Effendy Raja Kamaruddin

Tengah :
Abdul Shukor Jusoh, Christie Jayaseelan, Mario Karlovic (Australia), Mohamad Fazrul Hazri Kadri, Mohd. Affize Faisal Mamat, Fadzli Saari, S.Thinagharan, Venice Elphi Danny Kaya 

Penyerang : 
Aldulafees Abdul Salam (Nigeria), Hairuddin Omar (Ketua Pasukan), Jerry Nelson Palacios Suazo (Honduras), Nor Shahrul Idlan Talaha, Yusaini Hafiz Che Samad 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa