Nuffnang Ads

Jumaat, 19 Disember 2014

Bola Sepak : Pasukan DRB Hicom FC 2015

Pasukan DRB Hicom FC musim lalu menamatkan saingan Liga Premier 2014 di tangga kelapan dan musim Liga Malaysia 2015 ini pastinya pihak pengurusan kelab meletakkan sasaran yang lebih baik berbanding musim lalu. Di bawah bimbingan Ketua Jurulatih yang juga bekas pemain kebangsaan Australia serta bekas pemain import Perak, Andrew Marshall Soper pastinya akan menggunakan segala pengalaman serta kepakaran beliau membantu pasukan DRB Hicom FC bersaing dengan pasukan-pasukan negeri dan kelab di Liga Premier 2015 ini. Dengan gabungan pemain-pemain tempatan serta tenaga import tidak mustahil pasukan DRB Hicom FC mampu memberikan saingan hebat musim akan datang.

Berikut adalah senarai barisan pemain pasukan DRB Hicom FC yang bakal menggalas cabaran bagi musim Liga Malaysia 2015 akan datang :

Penjaga Gol
Mohd. Azlen Ahmad Jabari, Mohd. Jibrail Kamarol Baharin, Azwan Azrul Anwar

Pertahanan
Abdullah Hj. Yusoff, Sunarai Raffi Sariman, Mohd. Haizal Faquan Sadarudin, Mohd. Farid Saibun, Sanjef Dinesh A/L R.S.Baskeran, Mohd. Aizat Jaini

Tengah
Ahmad Saufi Ibrahim, Hasrul Abu Bakar, Mohd. Naqiuddin Mohd. Zainal, Ashadi Mohd. Yusoff, Mohd. Syazmin Firdaus Mohd. Aminuddin, Safwan Mahayudin, Terukazu Tanaka (Jepun)

Penyerang
Khairul Naim Mahyuddin, Mohd. Aris Zaidi, Mohd. Ismail Mamat, Ahmad aminuddin Shaharuddin, Muhammad Fakhrul Aiman Sidiq, Ivan Babic (Croatia), Mohd. Fakhrullah Rosli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa