Nuffnang Ads

Sabtu, 6 Disember 2014

Bola Sepak : Pasukan Johor Darul Ta'zim FC 2015


Juara Liga Super Malaysia musim 2014 yang juga Naib Juara Piala Malaysia 2014 merupakan antara pasukan yang bakal menjadi pilihan untuk bersaing merebut gelaran juara Liga Super 2015 akan datang. Di bawah bimbingan Ketua Jurulatih berpengalaman dari Croatia, Bojan Hodak pasukan Harimau Selatan ini pastinya akan berusaha mengekalkan kejuaraan mereka selain merangkul gelaran juara piala-piala yang dipertandingkan. Pasukan JDT FC juga bakal mewakili negara dalam Liga Juara-Juara AFC musim 2015 akan datang melalui pusingan kelayakan yang dijadualkan berlangsung bulan Februari 2015 akan datang.

Berikut adalah barisan pemain-pemain yang bakal membawa cabaran JDT FC untuk musim Liga Malaysia 2015 akan datang :

Penjaga Gol
Mohd Farizal Marlias, Muhammad Al-Hafiz Hamzah, Mohd Izham Tarmizi

Pertahanan
Marcos Antonio Elias Santos (Brazil), Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Mohamad Fandi Othman, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohamad Amer Saidin, Mohd Daudsu Jamaluddin

Tengah
Hariss Harun (Singapura), Jasazrin Jamaluddin, Junior Eldstàl, Kunalan Subramaniam,  Mohd Safiq Rahim, Gary Steven Robbat, Suppiah Chanturu, Amirul Hadi Zainal, Mohd Shakir Shaari, Nazrin Nawi

Penyerang
Luciano Figueroa (Argentina), Jorge Pereyra Diaz (Argentina), Amri Yahyah, Mohd Safee Mohd Sali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa