Nuffnang Ads

Isnin, 8 Disember 2014

Bola Sepak : Pasukan Kelantan 2015

Pasukan Kelantan atau The Red Warriors merupakan antara pasukan terbaik di Liga Malaysia. Di bawah bimbingan Ketua Jurulatih George Boateng, pasukan Pahlawan Merah ini pastinya ingin menjadikan musim Liga Malaysia 2015 sebagai medan kebangkitan pasukan mereka setelah mereka gagal meraih sebarang kejuaraan musim Liga Malaysia 2014 yang lalu. Dengan mengekalkan hampir separuh pemain musim lalu selain menandatangani pemain-pemain tempatan dan pemain-pemain import berkualiti, pasukan Kelantan pastinya mengharapkan kejayaan gemilang musim Liga Malaysia 2015 akan datang.

Berikut adalah senarai pemain pasukan Kelantan yang bakal menggalas cabaran The Red Warriors untuk musim Liga Malaysia 2015 akan datang :

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shahrizan Ismail, Muhammad Syazwan Yusoff

Pertahanan
Nik Shahrul Azim, Mohd Noor Hazrul Mustafa, Mohamad Nazri Ahmad, Tuan Muhammad Faim Tuan Zainal Abidin, Zairul Fitree Ishak, Mohd Fitri Omar, Mohd Farisham Ismail, Mohd Norhafiz Zamani Misbah, Jonathan David McKain (Australia)

Tengah
Mohd Badhri Mohd Radzi (Ketua Pasukan), Brendan Gan, Faizol Nazlin Sayuti, Wan Zack Haikal Wan Noor, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Mohd Amar Rohidan, Mohd Rozaimi Azwa Mat Noor, Issac Puppo (Liberia)

Penyerang
Mohd Nor Farhan Muhammad, Ahmad Fakri Shaarani, Mohd Ferris Danial Mat Nasir, Khairul Izuan Rosli, Erwin Carillo (Colombia), Immanuel Kimogne (Nigeria)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa