Nuffnang Ads

Jumaat, 12 Disember 2014

Bola Sepak : Pasukan Malaysia & Thailand ke Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2014

Kejohanan berprestij bola sepak rantau Asia Tenggara, Piala AFF Suzuki 2014 semakin menghampiri kemuncaknya dengan 2 pasukan iaitu pasukan Malaysia bakal bertemu dengan pasukan Thailand dalam perlawanan akhir yang dijadualkan pada 17 dan 20 Disember 2014 ini. Pasukan Harimau Malaya dan juga Gajah Perang berjaya melepasi halangan separuh akhir apabila berjaya menewaskan pasukan Vietnam dan Filipina. Kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan dalam Kumpulan B bersama-sama dengan tuan rumah pusingan kelayakan, Singapura dan Myanmar. Dalam pertemuan peringkat kumpulan, pasukan Thailand berjaya menewaskan pasukan Malaysia dengan kemenangan 3-2. Namun begitu, pentas perlawanan akhir pastinya berbeza dengan kedua-dua pasukan ini pastinya akan bermain bersungguh-sungguh mengikut perancangan strategi dan taktikal masing-masing untuk menjuarai kejohanan edisi kesepuluh kali ini.

Pasukan Thailand merupakan Juara Piala AFF sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1996, 2000 & 2002 manakala pasukan Harimau Malaya muncul juara sekali iaitu pada tahun 2010. Jika dilihat kepada kedua-dua pasukan, Malaysia dan Thailand mempunyai kelebihan masing-masing di mana pemain-pemain Harimau Malaya rata-ratanya terdiri daripada pemain-pemain berpengalaman manakala Thailand barisan pemain mereka pula terdiri daripada pemain-pemain muda yang mempunyai kepantasan dalam melakukan gerakan merbahaya ke pintu gol lawan.

Berikut adalah sedikit sebanyak mengenai kedua-dua pasukan yang bakal berentap di pentas perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 akan datang :

MALAYSIA

Nama Gelaran : Harimau Malaya

Ketua Jurulatih : Dollah Salleh

Kedudukan Ranking FIFA : 156

Ketua PasukanMuhammad Shukor bin Adan

Senarai Pemain
Mohd Farizal bin Marlias, Khairul Fahmi bin Che Mat, Khairul Azhan, Mohamad Azmi bin Muslim, Mahalli bin Jasuli, Mohamad Fadhli bin Mohd Shas, Mohamad Muslim bin Ahmad, Mohd Afif bin Amiruddin, Muhammad Zubir bin Mohd Azmi, Muhammad Shukor bin Adan,  Kunanlan A/L Subramaniam, Mohd Badhri bin Mohd Radzi, Safiq bin Rahim, Mohd Hafiz bin Kamal, Azammudin bin Mohd Akhil, Indra Putra bin Mahayuddin, Baddrol bin Bakhtiar , Gary Steven Robbat, Mohd Amri bin Yahyah, Norshahrul Idlan bin Talaha, Mohd Safee bin Mohd Sali, Abdul Manaf bin Mamat

Laluan ke Perlawanan Akhir : 2 Menang ; 1 Seri ; 2 Kalah
seri dgn Myanmar 0-0
kalah kepada Thailand 2-3
menang dengan Singapura 3-1
kalah kepada Vietnam 1-2
menang dengan Vietnam 4-2

Penjaring Gol : 10 Gol
Safiq Rahim (4 Gol), Indra Putra Mahyuddin (2 Gol), Mohd. Amri Yahyah (1 Gol), Nor Shahrul Idlan Talaha (1 Gol), Safee Sali (1 Gol), Muhammad Shukor Adan (1 Gol)

Kutipan Kad : 1 Kad Merah ; 10 Kad Kunig
Kad Merah : Gary Steven Robbat
Kad KuningMohd. Amri Yahyah (2), Muhammad Shukor bin Adan (2), Azamuddin Akil, Mohd. Zubir Azmi, Indra Putra Mahyuddin, Gary Steven Robbat, Mohd. Muslim Ahmad & Safiq Rahim 

THAILAND

Nama Gelaran : Gajah Perang (The War Elephant)

Ketua Jurulatih : Kiatisuk 'Zico' Senamuang

Kedudukan Ranking FIFA : 165

Ketua PasukanKawin Thammasatchanan

Senarai Pemain
Chanin Sae-Eae, Kawin Thammasatchanan, Peerapat Notchaiya, Chayapat Kitpongsritada, Suttinan Phuk-hom, Narubodin Weerawatnodom, Pravinwat Boonyong, Adisorn Promrak, Tanaboon Kesarat, Artit Daosawang, Sarach Yooyen, Charyl Chappuis, Chanathip Songkrasin, Adul Lahso, Mongkol Tossakray, Kroekrit Thaweekarn, Sarawut Masuk, Prakit Deeporm, Adisak Kraisorn, Chainarong Tathong, Kirati Keawsombut, Sompong Soleb

Laluan ke Perlawanan Akhir : 4 Menang ; 1 Seri
menang dengan Singapura 2-1
menang dengan Malaysia 3-2
menang dengan Myanmar 2-0
seri dengan Filipina 0-0
menang dengan Filipina 3-0 

Penjaring Gol : 10 Gol
Charyl Chappuis (2 Gol), Adisak Kraisorn (2 Gol), Krirkrit Thaweekam (2 Gol), Mongkol Tossakray (1 Gol), Tanaboom Kesarat (1 Gol), Prakit Deeprom (1 Gol), Chanatip Songkrasin (1 Gol)

Kutipan Kad : 1 Kad Merah ; 4 Kad Kuning
Kad Merah : Adisak Kraisorn
Kad Kuning Adisak Kraisorn, Tanaboon Kesarat, Sarach Yooyen, Prakit Deeprom 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa