Nuffnang Ads

Isnin, 1 Disember 2014

Bola Sepak : Pasukan mana bakal ke Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2014?

Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 telah memasuki pusingan Separuh Akhir dengan 4 pasukan iaitu Vietnam dan Filipina dari Kumpulan A serta Thailand dan Malaysia dari Kumpulan B berjaya ke peringkat ini. Dengan Singapura selaku juara bertahan telah tersingkir dari kejohanan, 4 pasukan ini akan berentap di peringkat Separuh Akhir yang dijadualkan berlangsung pada 6 & 7 Disember 2014 bagi Separuh Akhir Pertama dan 10 & 11 Disember 2014 bagi Separuh Akhir Kedua merebut 2 slot pasukan ke Perlawanan Akhir yang dijadualkan pada 17 & 20 Disember 2014 akan datang.

Pasukan Filipina selaku Naib Juara Kumpulan A akan bertemu dengan Juara Kumpulan B iaitu Thailand manakala pasukan Malaysia selaku Naib Juara Kumpulan B akan bertemu Vietnam selaku Juara Kumpulan A. Keempat-empat pasukan ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing dan peluang melangkah ke perlawanan akhir bergantung kepada pasukan mana yang memanfaatkan setiap peluang mencipta jaringan ke kubu lawan masing-masing. Berdasarkan ranking semasa FIFA bagi bulan November 2014, pasukan Filipina merupakan pasukan terbaik di kalangan pasukan ke Separuh Akhir iaitu di kedudukan ke 128 diikuti oleh pasukan Vietnam (138), Thailand (144) dan Malaysia (155).

Pada pandangan Bual Sukan, keempat-empat pasukan ini pastinya menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri dengan sokongan penyokong masing-masing mencari kelebihan jaringan selain pasukan lawan juga pastinya tidak memberikan jalan mudah kepada pasukan tuan rumah mencipta jaringan serta berusaha mencari jaringan di gelanggang lawan. Kejutan pasti berlaku sekiranya pasukan-pasukan ini gagal mempamerkan aksi terbaik pasukan masing-masing. Semoga berjaya dan Selamat Berjuang kepada pasukan Harimau Malaya serta ketiga-tiga pasukan lain. Semoga setiap pasukan mempamerkan permainan berkualiti dengan penuh semangat kesukanan tidak kira apa keputusan yang diterima.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa