Nuffnang Ads

Ahad, 14 Disember 2014

Bola Sepak : Pasukan Negeri Sembilan 2015

Pasukan Negeri Sembilan atau nama baru mereka NS Matrix merupakan antara pasukan yang dilihat mampu bersaing dalam Liga Premier 2015 sekaligus merebut 2 slot pasukan ke saingan Liga super 2016 akan datang. Skuad Rusa yang kini dilatih oleh Ketua Jurulatih K.Devan pastinya akan memberikan aksi terbaik apatah lagi pasukan mereka telah berbelanja besar membawa masuk pemain-pemain baru berkualiti bagi memantapkan pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia 2015 yang semakin mencabar. Gabungan pemain-pemain berpengalaman serta gandingan pemain-pemain import serta pemain-pemain muda pastinya menjadikan pasukan NS Matrix sebagai salah satu pasukan yang wajar digeruni untuk musim akan datang.

Berikut adalah senarai pemain NS Matrix yang bakal menggalas cabaran skuad Si Rusa bagi musim Liga Malaysia 2015 akan datang :

Penjaga Gol :
Mohd Helmi Eliza B. Elias, Mohd Kaharuddin B. Abd Rahman, Mohd Yatim Bin Abdullah

Pertahanan :
Azizi B. Matt Rose, Mohd Fauzie B. Nan, Mohd Fazliata B. Taib, Mohd Radzuan B. Abdullah, Irwan Fadzli Idrus, Segar A/L Arumugam, Jean Marc Alexendre (Haiti)

Tengah :
Ahmad Fauzi Bin Saari,Shahrizal B. Mohd Saad, Puaneswaran A/L Gunasekaran, Kavichelvan A/L Vivekandanthn, Mohd Akmal B. Mohd Noor , Mohd Dzaidin B. Zainudin, Rezal Zambery B. Yahya, Ahmad Hazeri B. Hamid , Mohd Izzuddin B. Zainudin

Penyerang :
Rudie B. Ramli, Sivanesan A/L Shanmugam, Mohd Khyril Muhymeen B. Zambri , Francis Forkey Doe (Liberia), Bruno Sebastian Martelotto (Argentina), Kim Jim Ryong (Korea Selatan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa