Nuffnang Ads

Ahad, 7 Disember 2014

Bola Sepak : Pasukan Pahang 2015

Juara Piala Malaysia 2014 yang juga Juara Piala FA 2014 serta Juara Piala Sultan Hj. Ahmad Shah 2014, Pahang merupakan antara pasukan yang bakal mencabar kejuaraan musim Liga Malaysia 2015 akan datang. Mengekalkan hampir kesemua barisan pemain musim lalu, pasukan Pahang atau Tok Gajah pastinya merupakan antara pasukan tumpuan musim Liga Malaysia 2015. Dengan Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan yang masih mengemudi pasukan Tok Gajah bagi mengharungi musim akan datang, Pahang dijangka mampu meneruskan kecemerlangan yang dipamerkan musim ini. Namun begitu, saingan Liga Malaysia 2015 dijangka lebih sengit dan Pahang pastinya tidak diberikan jalan mudah oleh pasukan-pasukan lain untuk musim akan datang.

Berikut adalah senarai pemain pasukan Pahang yang bakal menggalas cabaran Tok Gajah bagi musim Liga Malaysia 2015 akan datang : 

Penjaga Gol
Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Mohd Nasril Mat Nourdin, Muhammad Saufi Mohd

Pertahanan

Jalaluddin Abu Jaafar, Mohd Saiful Nizam Miswan, Damion Delano Stewart (Jamaica), Zeshan Rehman (Pakistan), Mohd Razman Roslan (Ketua Pasukan), Mohd Faisal Mohd Rosli, Mohd Hazri Rozali, Mohd Zaiza Zainal Abidin, Muhammad Syawal Norsam, Mohd Shahrizan Mohd Salleh, Mohammad Ab Aziz Ismail

Tengah

R.Surendren, Azidan Sarudin, Abdul Malik Mat Ariff, Mohd Hafiz Kamal, R.Gopinanthan, D Saarvindran, Mohd Rizua Safiqi Kamaruzaman

Penyerang
Matias Ruben Conti (Argentina), Dickson Nwakaeme (Nigeria), Azamuddin Mohd Akil, Mohd Fauzi Roslan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa