Nuffnang Ads

Rabu, 10 Disember 2014

Bola Sepak : Pasukan PDRM FA 2015

Pasukan PDRM FA atau nama gelaran mereka The Cops merupakan antara 2 pasukan baru dalam saingan Liga Super 2015. Kejayaan mereka muncul juara Liga Premier 2014 merupakan antara pencapaian terbaik pasukan The Cops. Di bawah bimbingan bekas penyerang handalan kebangsaan satu ketika dahulu, Azman Adnan pasukan PDRM FA merupakan antara pasukan underdog yang wajar diberikan perhatian oleh 11 pasukan lain dalam saingan Liga Super 2015 akan datang. PDRM FA dijangka mampu bersaing dengan pasukan-pasukan lain dengan barisan-barisan pemain berpengalaman serta barisan pemain-pemain import berkualiti termasuklan pemain import terbaik Liga Malaysia 2014, Ali Ashfaq dari Maldives. Walaupun pasukan PDRM FA kehilangan beberapa tonggak utama pasukan musim lalu, mereka tetap dilihat mampu melakar kejutan dalam saingan Liga Malaysia 2015 ini. 

Berikut adalah senarai pemain pasukan PDRM FA yang bakal menggalas cabaran The Cops dalam saingan Liga Malaysia 2015 akan datang :

Penjaga Gol
Badrulzaman Abd Halim, Saiful Amar Sudar, Wilfred Anak Jabun

Pertahanan
Muslim Ahmad, Afif Amiruddin, V.Thirumurugan , Fadhil Hashim, Faizal Abu Bakar, Arman Fareez Mohd Ali, Onoriode Kughegbe (Nigeria), Mohd Eskandar Ismail, Mohd Fekry Tajuddin

Tengah
Ahmad Ezrie Shafizie Sazali, Azrul Azman, Shahril Izwan Abdullah, Ashidi Dil Ashar Yusof, Alafi Mahmud, Shahruain Abu Samah, Isma Alif Mohd Salim, Nurul Azwan Roya, Lot Abu Hassan, Fauzi Majid, Mohamadou Sumareh (Gambia)

Penyerang

Ali Ashfaq (Maldives), Dramane Traore (Mali), Ahmad Nizam Rodzi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa