Nuffnang Ads

Selasa, 9 Disember 2014

Bola Sepak : Pasukan Perak 2015


Pasukan Perak atau The Bos Gaurus pastinya ingin melupakan musim mengecewakan dalam Liga Malaysia 2014 apabila pasukan Perak hampir tersingkir ke saingan Liga Premier 2015. The Bos Gaurus sekadar menamatkan aksi di tangga kesembilan Liga super selain tewas di Pusingan Pertama Piala FA 2014 dan tersingkir di peringkat kumpulan Piala Malaysia 2014. Di bawah bimbingan Ketua Jurulatih berpengalaman Dato' M.Karathu, pasukan Perak pastinya mengharapkan sinar kebangkitan musim Liga Malaysia 2015 akan datang. Kesilapan musim lalu pastinya ingin dielakkan oleh pasukan Perak. Dengan dibarisi oleh kebanyakannya pemain-pemain muda berpotensi serta pemain-pemain berpengalaman dan import berkualiti, tidak mustaahil The Bos Gaurus mampu melakar kejutan demi kejutan musim baru akan datang.

Berikut adalah senarai pemain pasukan Perak yang bakal menggalas cabaran pasukan The Bos Gaurus musim Liga Malaysia 2015 akan datang :


Penjaga Gol

Hairol Fazreen,  Azizon Abdul Kadir, Zamir Selamat

Pertahanan
Syazwan Roslan, Rafiq Faeez, Hisyamuddin Shaari, Idris Ahmad, Tuah Iskandar, Sumardi Hajalan, Azmizi Azmi, Ariff Ismail, Thiago Junior Aquino (Brazil)

Tengah
Nasir Basharuddin, Hafiz Ramdan, Norhakim Isa, S.Vikneswaran, Nurridzuan Abu Hassan, Sukri Hamid, Ridzuan Azly, Faizal Mansor, Marco Tulio Lopez (Brazil), Namkung Woong (Korea Selatan)

Penyerang
Hamizul Izaidi, Bobby Gonzales, Haris Safwan, Charles Chad Souza (Brazil) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa