Nuffnang Ads

Khamis, 11 Disember 2014

Bola Sepak : Pasukan PKNS FC 2015

Pasukan PKNS FC atau nama gelaran mereka The Fire Ants merupakan antara 2 pasukan yang tersingkir ke saingan Liga Premier 2015 setelah menamatkan saingan Liga Super 2014 di kedudukan terbawah daripada 12 pasukan. Musim Liga Malaysia 2015 pastinya menjanjikan kebangkitan kepada pasukan PKNS FC dan kekecewaan musim Liga Malaysia 2014 pastinya ingin dilupakan oleh anak-anak buah Ketua Jurulatih, E.Elavarasan. Dengan gandingan pemain-pemain berpengalaman, pemain-pemain import berkualiti serta pemain-pemain muda berbakat dan berpotensi, tidak mustahil pasukan PKNS FC akan memberikan saingan sengit kepada 11 pasukan lain dalam Liga Premier 2015 akan datang.

Berikut adalah senarai pemain PKNS FC yang bakal menggalas cabaran pasukan The Fire Ants bagi musim Liga Malaysia 2015 akan datang :

Penjaga Gol
G. Jeevananthan, Mohd Nor Haziq Aris, Norhadi Ubaidillah

Pertahanan
Keisuke Ogawa (Jepun), Ahmad Khuzaimie Piee, Mohd Munir Tahir, P.Gunalan, Mohd Zulharis Mohd Noor, Abdul Ghani Rahman, Gonzalo Soto (Argentina), Mohd Aminuddin Mohd Noor, Mohd Nizam Abu Bakar

Tengah
Mohd Faiz Isa, Shahrul Azhar Ture, M. Sivakumar, Munir Amran, Mohd Fazli Baharuddin, Muhd Khairu Azrin Khazali, Mohd Nazrin Syamsul Bahri, Liew Kit Kong

Penyerang
Gabriel Guerra (Argentina), Farderin Kadir, Mohd Arip Amiruddin, Muhd Nor Ubaidullah Abdul Rahman, Mohd Yusri Abas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa