Nuffnang Ads

Isnin, 15 Disember 2014

Bola Sepak : Pasukan Sabah 2015

Pasukan Sabah atau The Rhinos pastinya merupakan antara pasukan yang bakal menjadi tumpuan dalam saingan Liga Malaysia 2015 kerana kehadiran bekas bintang Piala Dunia 2002 dari Senegal iaitu El Hadji Diouf memperkuatkan pasukan Sabah. Di bawah kendalian Ketua Jurulatih berpengalaman iaitu Justin Ganai, pasukan The Rhinos pastinya meletakkan sasaran yang tinggi dalam Liga Premier 2015 akan datang. Dengan gabungan barisan pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import berkualiti, pasukan The Rhinos pastinya menjadi antara pasukan yang wajar diberikan perhatian dalam saingan Liga Premier 2015 akan datang.

Berikut adalah senarai pemain-pemain yang bakal menggalas cabaran The Rhinos bagi musim Liga Malaysia 2015 akan datang :

Penjaga Gol :
Irwan Jamil, Mohd Fazli Paat, Endre S Tipay

Pertahanan :
Khairi Kiman, Abd Thaufiq Abd Haq, Julamri Muhamad, Mohd Badrul Affendy, Jenius Karib, Rosdin WaslI, Hardy Charles Parsi, Rawilson Batuil, Zuraindey Jumai, Abdoulaye Faye (Senegal)

Tengah :
Mohd Ezaidy Khadar, Yoganathan A/L Munusamy, Shafuan Adli Shaari, Alto Linus, Mohd Izuan Salahudin, Maxsius Musa, Didie Arizal Ibrahim, Mohd Azizan Nordin

Penyerang :
Eamon Zayed (Ireland), El Hadji Diouf (Senegal), Leopold Alfonso Otong, Rozaimi Abd Rahman, Shafiq Jamal, Fazrul Nawaz (Singapura)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa