Nuffnang Ads

Khamis, 11 Disember 2014

Bola Sepak : Pasukan T-Team 2015

Pasukan T-Team atau nama gelaran mereka The Titans pastinya ingin bangkit semula setelah mereka tersingkir ke saingan Liga Premier 2015. Sekadar menamatkan aksi Liga Super 2014 di tangga kesebelas nyata amat mengecewakan. Dengan bimbingan Ketua Jurulatih baru berasal dari Croatia, Tomislav Steinbruckner pastinya akan membina kembali pasukan The Titans sekaligus kembali ke saingan Liga Super 2016 akan datang. Dengan gabungan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain import berkualiti dan pemain-pemain muda berpotensi, tidak mustahil pasukan T-Team akan bersaing merebut 2 slot ke Liga Super 2016 akan datang.

Berikut adalah senarai pemain pasukan T-Team yang bakal membawa cabaran pasukan The Titans dalam saingan Liga Malaysia 2015 akan datang :

Penjaga Gol :
Wan Muhammad Azraie Wan Teh, Mohd Shahril Sa'ari, Mohamad Asyraf Azmi

Pertahanan :
Faramola David Oniya (Nigeria), Mohammad Syuhiran Zainal, Nik Zul Aziz Nawawi @ Omar, Md Hassan Basri Ahmad Ridzuan, Mohd Kamal Azizi Mohamad Zabri, Muhamad Hazwan Rahman, Mohd Marzuki Yusof, Mohd Nuraliff Zainal Abidin, Mohd Faizal Muhamad

Tengah :
Sadriddin Abdullaev (Uzbekistan), Mohamad Hasbullah Awang, Mohd Badrul Hisyam Morris, Mohd Asrol Ibrahim, Mohd Rosdi Zakaria, Muhamad Azmi Hamzah, Azrul Hazran Amiludin Baki, Ahmad Takhiyuddin Roslan

Penyerang :
Farhod Tadjiev (Uzbekistan), Mohd Nor Hakim Hassan, Syamshahril Ghulam, Muhammad Ramzul Zahini Adenan, Mohd Faizuddin Manjur Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa