Nuffnang Ads

Ahad, 7 Disember 2014

Bola Sepak : Pasukan Terengganu 2015

Pasukan Terengganu atau Sang Penyu merupakan antara pasukan gergasi bola sepak tanahair dan sentiasa memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan lain. Bagi musim Liga Malaysia 2015 akan datang, pasukan Terengganu di bawah bimbingan Ketua Jurulatih penuh berpengalaman, Hj. Abdul Rahman Ibrahim pastinya sekali lagi bakal mencabar kejuaraan Liga Malaysia 2015. Membariskan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda berpotensi ditambah pula dengan pemain import berkualiti, pasukan Sang Penyu pastinya menjanjikan saingan sengit untuk musim Liga Malaysia 2015 akan datang. Dengan kehadiran penjaring terbanyak Liga Super 2014, Paolo Rangel Terengganu pastinya antara pasukan yang wajar diberikan perhatian musim Liga Malaysia 2015 akab datang.

Berikaut adalah senarai pemain pasukan Terengganu The Turtle bagi musim Liga Malaysia 2015 akan datang :

Penjaga Gol
Mohd. Hafidz Romly, Mohd. Sharbinee Allawee, Mohamad Shamirza Yusoff

Pertahanan
Khairul Rosmadi, Mohamad Muhaimin Omar, Abdullah Suleiman, Vincent Bikana (Cameroon), Radhi Yusof, Hasmizan Kamarodin, Zubir Azmi, Azlan Zainal, Helmi Remeli

Tengah
Khairul Ramadhan, Zairo Anuar, Gustavo López (Argentina), Hafizal Mohamad, Fakhrurazi Musa, Ahmad Nordin Alias, Shahrin Sapien, Ashari Samsudin, Ismail Faruqi, Nasril Izzat Jalil

Penyerang
Paulo Rangel (Brazil), Hassan Chaito (Lebanon), Abdul Manaf Mamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa