Nuffnang Ads

Rabu, 3 Disember 2014

Bola Sepak : Pemain Tumpuan Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014

Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 telah memasuki pusingan Separuh Akhir di mana 4 pasukan meneruskan kemaraan dan akan bersaing merebut 2 tempat ke perlawanan akhir. Separuh Akhir Pertama akan berlangsung pada 6 & 7 Disember manakala pada 10 & 11 pula separuh Akhir Kedua berlangsung. Pasukan Filipina (Naib Juara Kumpulan A) akan bertemu pasukan Thailand (Juara Kumpulan B) pada 6 Disember di Filipina dan 10 Disember di Thailand manakala satu lagi separuh akhir menyaksikan pasukan Malaysia (Naib Juara Kumpulan B) akan bertemu dengan Vietnam (Juara Kumpulan A) pada 7 Disember di Malaysia manakala 11 Disember di Vietnam.

Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2014 dijadualkan berlangsung pada 17 & 20 Disember 2014 akan datang. Berikut adalah pemain yang bakal menjadi tumpuan bagi pasukan masing-masing di peringkat Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014 akan datang :

Filipina : Philip Younghusband, Simone Rota, Rob Gier

Thailand : Adisak Kraisorn, Charyl Chappuis, Mongkol Tossakray 

Malaysia : Safiq Rahim, Gary Steven Robbat, Safee Sali

Vietnam : Le Cong Vinh, Pham Luong, Huy Hung Nguyen 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa