Nuffnang Ads

Ahad, 21 Disember 2014

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Kedua Piala AFF Suzuki 2014

Pasukan Harimau Malaya berjaya mencatat kemenangan 3-2 ke atas pasukan Gajah Perang, Thailand namun terpaksa akur dengan kekalahan agregat 3-4 sekaligus sekadar muncul selaku naib juara Piala AFF Suzuki 2014 ini. Dengan kemenangan ini menjadikan Thailand menyamai pencapaian pasukan Singapura yang muncul juara sebanyak 4 kali. Disaksikan oleh lebih kurang 100,000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil nyata menyemarakkan aksi pasukan Malaysia apabila berjaya mendahului pasukan Thailand dengan 3-0 hasil 2 gol jaringan Safiq Rahim dan 1 gol lagi oleh Indra Putra Mahyuddin. Namun kesilapan serta kelalaian pemain-pemain pasukan negara dihukum oleh 2 jaringan lewat oleh Cyrill Chappuis serta pemain paling bernilai kejohanan ini, Chantip Songkrasin sekaligus memberikan kemenangan manis buat barisan pemain Ketua Jurulatih Kiatisuk Senamuang yang rata-ratanya membariskan barisan pemain-pemain muda berpotensi besar untuk negara Thailand di masa depan.
Kemenangan ini nyata tidak memberi apa-apa makna buat anak-anak buah Ketua Jurulatih, Dollah Salleh yang rata-ratanya membariskan pemain-pemain berpengalaman dan lebih berusia berbanding pemain-pemain Thailand. Apa-apa pun, Bual Sukan percaya bahawa pemain-pemain pasukan negara telah berusaha memberikan yang terbaik kepada pasukan. 

Pada pandangan Bual Sukan juga, pengurusan bola sepak negara perlu merancang perlawanan-perlawanan antarabangsa yang lebih kompetitif dengan pasukan-pasukan di ranking yang lebih baik bagi tahun 2015. Selain itu, rombakan pasukan negara dengan memanggil pemain-pemain muda yang berpotensi menggantikan pemain-pemain yang biasa dalam pasukan kebangsaan juga wajar dilakukan. Ketandusan penyerang tempatan juga sewajarnya diberikan perhatian dan tidak salah berani menonjolkan penyerang-penyerang baru di masa akan datang menggantikan penyerang-penyerang sedia ada sekarang. Dengan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Russia dijangka berlangsung tahun depan, pasukan Harimau Malaya perlu bangkit dan memberikan fokus menghadapi tahun 2015. Semoga tahun 2015 menjadikan tahun kebangkitan pasukan Harimau Malaya di pentas bola sepak antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa