Nuffnang Ads

Rabu, 17 Disember 2014

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Pertama Piala AFF Suzuki 2014

Pasukan Harimau Malaya terpaksa akur dengan kelincahan pemain-pemain pasukan Thailand apabila tewas 0-2 kepada Thailand dalam Perlawanan Akhir Pertama di Stadium Rajamangala. Gol-gol pasukan Thailand dijaringkan oleh Cyryll Chapuis menerusi sepakan penalti manakala satu lagi gol pasukan Gajah Perang dijaringkan oleh Krirkrit Thaweekam. Pasukan negara akan bertemu Thailand sekali lagi pada aksi Perlawanan Akhir Kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember 2014 ini.
Bual Sukan percaya pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Dollah Salleh mampu melakukan sesuatu sekaligus membanggakan penyokong-penyokong bola sepak tanah air. Peluang masih ada namun begitu pasukan negara perlu mengelakkan melakukan kesilapan-kesilapan mudah sehingga memberi peluang kepada pasukan Thailand. Pasukan negara juga perlu memanfaatkan setiap peluang yang tercipta sambil mengelakkan pasukan Thailand menjaringkan gol. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa