Nuffnang Ads

Jumaat, 12 Disember 2014

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2014 - Malaysia lwn Thailand

Saingan kejohanan berprestij bola sepak ASEAN, Piala AFF Suzuki 2014 semakin menuju ke kemuncaknya apabila pasukan negara atau Harimau Malaya berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 bertemu dengan pasukan Thailand atau nama gelaran mereka Gajah Perang (The War Elephant) pada 17 dan 20 Disember 2014. Kedua-dua pasukan ini berjaya melepasi halangan Separuh Akhir dengan Malaysia menewaskan pasukan Vietnam dengan agregat 5-4 manakala Thailand pula mengecewakan pasukan Filipina dengan kemenangan agregat 3-0. Kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan daripada Kumpulan B di mana saingan Kumpulan menyaksikan pasukan Thailand menewaskan pasukan Harimau Malaya dengan kemenangan 3-2. Apa yang menarik adalah kedua-dua pasukan ini dibimbing oleh Ketua Jurulatih tempatan di mana Malaysia di bawah bimbingan Dollah Salleh manakala Thailand pula di bawah bimbingan Kiatisuk 'Zico" Senamuang.
Berdasarkan rekod pertemuan antara pasukan Malaysia dan Thailand sejak kejohanan ini berlangsung pada tahun 1996, sepanjang 11 pertemuan rekod nyata memihak kepada pasukan Thailand di mana Thailand menang 6 pertemuan, Malaysia menang 2 pertemuan manakala 3 lagi berakhir dengan keputusan seri. Malah Ketua Jurulatih Thailand sendiri berjaya menjaringkan 3 gol sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan ini. Saingan perlawanan akhir pastinya menjanjikan aksi yang sengit daripada kedua-dua pasukan. Pasukan yang berjaya memanfaatkan peluang yang tercipta pastinya akan mencapai kejayaan. Kedua-dua pasukan pastinya mempunyai strtegi serta taktikal masing-masing dalam menghadapi 2 perlawanan akhir ini. 

Berikut adalah rekod pertemuan antara pasukan Malaysia dan Thailand sejak Kejohanan Piala AFF Suzuki diperkenalkan pada tahun 1996 :

Rekod Pertemuan Sepanjang Kejohanan : 11 Kali
Malaysia menang : 2 kali
Thailand menang : 6 kali
Keputusan seri : 3 kali
Jumlah Jaringan : Malaysia (9 Gol) ; Thailand (16 Gol)

8 September 1996
Seri 1-1 (Zainal Abidin Hassan) (Kiatisuk Senamuang)
(Peringkat Kumpulan)

15 September 1996
Thailand menang 1-0 (Kiatisuk Senamuang)
(Perlawanan Akhir)

16 November 2000
Thailand menang 2-0 (Kiatisuk Senamuang, Tawan Sripan)
(Separuh Akhir)

20 Disember 2002
Malaysia menang 3-1 (Akmal Rizal, Tengku Hazman, Indra Putra) (Therdsak Chaiman)
(Peringkat Kumpulan)

14 Disember 2004
Malaysia menang 2-1 (Khalid Jamlus (2)) (Sarayoot Chaikamdee)
(Peringkat Kumpulan)

16 Januari 2007
Thailand menang 1-0 (Sarayoot Chaikamdee)
(Peringkat Kumpulan)

10 Disember 2008
Thailand menang 3-0 (Sutee Supsomkit, Teerasil Dangda (2))
(Peringkat Kumpulan)

4 Disember 2010
Seri 0-0
(Peringkat Kumpulan)

9 Disember 2012
Seri 1-1 (Nor Shahrul Idlan Talaha) (Teerasil Dangda)
(Separuh Akhir Pertama)

13 Disember 2012
Thailand menang 2-0 (Teerasil Dangda, Theeraton Bunmathan)
(Separuh Akhir Kedua)

26 November 2014 
Thailand menang 3-2 (Amri Yahyah, Safiq Rahim) (Adisak Kraisom (2), Charyl Chappuis)
(Peringkat Kumpulan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa