Nuffnang Ads

Ahad, 21 Disember 2014

Bola Sepak : Piala AFF Suzuki 2016

Thailand - Juara Piala AFF Suzuki 2014
Saingan Bola Sepak berprestij Asia Tenggara, Piala AFF Suzuki 2014 telahpun menutup saingan dengan pasukan The War Elephant, Thailand berjaya merangkul kejuaraan buat kali keempat sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1996. Pasukan Thailand berjaya menewaskan pasukan Harimau Malaya dengan keputusan agregat 4-3 setelah menang 2-0 di Stadium Rajamangala, Bangkok serta tewas dengan 2-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam aksi saingan yang mendebarkan. Dengan kemenangan ini menjadikan pasukan Thailand menyamai pencapaian pasukan Singapura selaku juara terbanyak iaitu 4 kali manakala Vietnam dan Malaysia masing-masing muncul juara sekali.

Myanmar - Tuan Rumah Bersama 
Filipina - Tuan Rumah Bersama
Piala AFF Suzuki 2016 iaitu kejohanan edisi kesebelas akan berlangsung di Filipina dan Myanmar. Kejohanan 2 tahun sekali ini pastinya menjanjikan aksi menarik bagi bola sepak Asean. Bual Sukan menjangkakan setiap negara di bawah AFF pastinya akan membentuk pasukan yang mantap bagi negara masing-masing bagi menghadapi saingan akan datang dengan gabungan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda berpotensi untuk pembangunan bola sepak negara masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa