Nuffnang Ads

Selasa, 23 Disember 2014

Bola Sepak : Sepak Mula Liga Malaysia 2015

Sepak mula Liga Malaysia 2015 yang pada asalnya dijadualkan pada 17 Januari 2015 telah dianjakkan ke tarikh baru iaitu pada 31 Januari 2015. Difahamkan ini adalah ekoran daripada isu penajaan Liga Malaysia 2015 yang dikhabarkan masih belum selesai. Selain itu juga, pelanjutan tarikh ini adalah bagi memberi peluang kepada pemain-pemain yang beraksi pada saingan Piala AFF Suzuki 2014 yang lalu mendapatkan kecergasan untuk pasukan masing-masing bagi mengharungi saingan panjang Liga Malaysia 2015.
Bagi saingan Liga Malaysia 2015 akan datang, tarikh sepak mula Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim FC (JDTFC) dan Pahang ialah pada 31 Januari 2015, saingan Liga Premier adalah pada 6 Februari 2015 manakala saingan Liga Super 2015 pula bermula pada 7 Februari 2015 akan datang. Dengan pelanjutan tarikh ini bermakna setiap pasukan kini mempunyai kira-kira sebulan lebih lagi mempersiapkan barisan pemain-pemain serta membentuk pasukan yang mantap. Dengan peraturan baru iaitu kesemua pemain import boleh disenaraikan dalam kesebelasan utama iainya pastinya akan merancakkan lagi saingan Liga Malaysia 2015 akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa