Nuffnang Ads

Jumaat, 5 Disember 2014

Bola Sepak : Undian Pusingan Kelayakan Piala AFC Bawah 23 Tahun

Kejohanan Piala AFC Bawah 23 Tahun akan diadakan di Qatar pada 2016 akan datang. Sebanyak 16 negara Asia di bawah Zon AFC akan bersaing pada kejohanan ini di mana 3 pasukan terbaik akan mewakili Zon Asia ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil. Dengan Qatar selaku tuan rumah layak secara automatik 15 lagi pasukan akan ditentukan melalui pusingan kelayakan. 43 negara-negara Asia diundi dalam 10 pasukan di mana pasukan juara peringkat kumpulan kelayakan akan layak secara automatik manakala 5 pasukan terbaik naib juara kumpulan akan layak ke Pusingan Akhir Kejohanan Piala AFC Bawah 23 Tahun di Qatar pada 2016.

Berikut adalah keputusan undian Pusingan Kelayakan Piala AFC Bawah 23 Tahun yang telah diadakan pada 4 Disember 2014 di Rumah AFC Kuala Lumpur :

KUMPULAN A :
Iraq, Oman, Bahrain, Lebanon, Maldives


KUMPULAN B : 
Jordan, Kuwait, Kyrgyzstan, Pakistan, Turkmenistan


KUMPULAN C : 
Arab Saudi, Iran, Nepal, Palestin, Afganistan


KUMPULAN D : 
UAE, Yemen, Tajikistan, Sri Lanka


KUMPULAN E : 
Syria, Uzbekistan, India, Bangladesh


KUMPULAN F : 
Australia, Myanmar, Hong Kong, Chinese Taipei


KUMPULAN G : 
Korea Utara, Thailand, Kemboja, Filipina


KUMPULAN H : 
Korea Selatan, Indonesia, Timor-Leste, Brunei


KUMPULAN I : 
Jepun, Malaysia, Vietnam, Macau


KUMPULAN J : 
China, Laos, Singapura, Mongolia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa