Nuffnang Ads

Selasa, 27 Januari 2015

Bola Sepak : Pusingan Kelima Piala FA Inggeris 2014/15

Saingan bola sepak kalah mati tertua dunia, Piala FA Inggeris telah memasuki pusingan kelima dengan tinggal 16 pasukan yang bakal bersaing merebut 8 slot ke pusingan keenam atau peringkat suku akhir. Dengan kejutan-kejutan yang berlaku pada pusingan keempat yang lalu di mana kelab-kelab gergasai seperti Chelsea, Manchester City, Tottenham Hotspurs dan Southampton tersingkir kepada kelab-kelab bawahan liga, saingan pusingan kelima pastinya menarik perhatian. 

Pasukan juara bertahan Piala FA 2013/14 yang lalu, Arsenal The Gunners berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan kelima pastinya menjadi antara pasukan pilihan menjuarai saingan Piala FA musim ini. Berikut adalah keputusan undian Piala FA Inggeris 2014/15 yang dijadualkan berlangsung pada 13 - 16 Februari 2015 akan datang :

Crystal Palace lwn Liverpool
Arsenal lwn Middlesbrough
Aston Villa lwn Leicester City
West Bromwich Albion lwn West Ham United
Bradford City lwn Sunderland
Blackburn Rovers lwn Stoke City
Derby County lwn Reading
Preston lwn Manchester United

* Kemaskini pada 5 Februari 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa