Nuffnang Ads

Khamis, 8 Januari 2015

Bola Sepak : Ranking Bola Sepak Pasukan Malaysia 2015

Pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Dollah salleh pastinya meletakkan sasaran memperbaiki kedudukan ranking FIFA pasukan negara sedikit demi sedikit bagi tahun 2015. Justeru itu, pihak FAM perlu mengatur perlawanan antarabangsa yang lebih kompetitif menentang pasukan-pasukan di kedudukan ranking yang lebih baik serta berusaha memperbaiki prestasi dengan mencatat keputusan yang memberangsangkan. Dengan perlawanan kompetitif tersebut, pasukan negara mampu mengutip mata seterusnya memperbaiki ranking pasukan Malaysia. 

Antara perlawanan persahabatan yang boleh diatur adalah menentang pasukan-pasukan dari Zon AFC, Zon Ocenia, Zon CAF (Afrika) serta pasukan-pasukan dari Zon UEFA. Berikut adalah kedudukan terkini ranking FIFA pasukan Harimau Malaya bagi tahun 2015 :

Januari : 154 (8 Januari 2015)

Februari : 154 (12 Februari 2015)

Mac : 153 (12 Mac 2015) - Naik 1 anak tangga

April : 164 (9 April 2015) - Jatuh 11 anak tangga

Mei : 166 (7 Mei 2015) - Jatuh 2 anak tangga

Jun : 162 (4 Jun 2015) - Naik 4 anak tangga

Julai : 168 (9 Julai 2015) - Jatuh 6 anak tangga

Ogos : 168 (6 Ogos 2015) - Kekal

September : 169 (3 September 2015) - Jatuh 1 anak tangga

Oktober : 171 (1 Oktober 2015) - Jatuh 2 anak tangga

November : 171 (5 November 2015) - Kekal

* Kemaskini pada 5 November 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa