Nuffnang Ads

Isnin, 12 Januari 2015

Hoki : Liga Hoki Dunia FIH 2014/2015

Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia FIH 2014/2015 akan berlangsung dari bulan Januari hingga Mac 2015 akan datang melibatkan 24 pasukan di mana 3 pasukan dari setiap kumpulan akan layak ke Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2014/2015 akan datang. Pasukan Hoki Malaysia akan beraksi dalam dalam salah satu kejohanan pusingan kedua di mana Singapura akan menjadi tuan rumah kejohanan. Kejohanan dijadualkan berlangsung pada 17 Januari hingga 25 Januari 2015 akan datang melibatkan 8 pasukan iaitu Singapura selaku tuan rumah, Malaysia, Jepun, Poland, Bangladesh, Mexico, Oman dan Ukraine.

8 pasukan ini telah diundi dalam 2 kumpulan di mana anak-anak buah pengendali sementara pasukan kebangsaan Tan Beng Hai diundi dalam kumpulan A bersama-sama dengan pasukan Singapura, Oman dan Ukraine manakala Kumpulan B pula terdiri daripada pasukan Jepun, Poland, Bangladesh dan Mexico. Pasukan Hoki negara pastinya menjadi antara pasukan pilihan berdasarkan kedudukan ranking semasa FIH. Namun begitu, cabaran pasukan lain juga harus diberikan perhatian oleh pasukan Hoki Malaysia.

Berikut adalah Jadual Perlawanan Pusingan Kedua Liga Hok Dunia FIH 2014/2015 Singapura yang berlangsung pada 17 hingga 25 Januari 2015 akan datang :

Kumpulan A : Malaysia, Singapura, Oman, Ukraine
17 Januari 2015
Malaysia lwn Ukraine (5-1)
Oman lwn Singapura (3-2)

19 Januari 2015
Ukraine lwn Singapura (2-1)
Oman lwn Malaysia (0-7)

20 Januari 2015
 Ukraine lwn Oman (1-2)
Malaysia lwn Singapura (16-1)

Kumpulan B : Jepun, Poland, Bangladesh, Mexico
17 Januari 2015
Jepun lwn Bangladesh (5-1)
Poland lwn Mexico (6-0)

18 Januari 2015
Bangladesh lwn Mexico (6-1)
Poland lwn Jepun (3-2)

20 Januari 2015
Jepun lwn Mexico (6-0)
Bangladesh lwn Poland (0-5)

SUKU AKHIR

22 Januari 2015
Malaysia lwn Mexico (10-1)
Jepun lwn Ukraine (5-0)
Oman lwn Bangladesh (3-3) - Oman menang 2-0 - Shootout
Poland lwn Singapore (8-0)

PENENTUAN TEMPAT 5-8

23 Januari 2015
Mexico lwn Ukraine (2-4)
Bangladesh lwn Singapore (3-0)

SEPARUH AKHIR

24 Januari 2015
Malaysia lwn Jepun (1-1) : (3-2 SO) - Malaysia menang Penentuan Shootout (SO)
Oman lwn Poland (1-7)

PENENTUAN TEMPAT 7/8

25 Januari 2015
Mexico lwn Singapore (3-4)

PENENTUAN TEMPAT 5/6

25 Januari 2015
Ukraine lwn Bangladesh (3-1)

PENENTUAN TEMPAT 3/4

25 Januari 2015
Jepun lwn Oman (4-0)

PERLAWANAN AKHIR

25 Januari 2015
Malaysia lwn Poland (8-0)


* Kemaskini pada 25 Januari 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa