Nuffnang Ads

Sabtu, 17 Januari 2015

Hoki : Senarai Pemain Malaysia ke Liga Hoki Dunia FIH 2014/2015


Pasukan Hoki Lelaki negara bakal menggalas tugasan di Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia FIH 2014/2015 yang akan berlangsung pada 17 hingga 25 Januari 2015 di Singapura. Pasukan negara di bawah kendalian Ketua Jurulatih sementara, Tan Beng Hai diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan pasukan tuan rumah Singapura, Oman dan Ukraine. Jika dilihat berdasarkan ranking semasa FIH, pasukan hoki negara pastinya menjadi pasukan pilihan. Namun begitu, cabaran pasukan-pasukan lain tidak wajar dipandang mudah kerana setiap pasukan pastinya akan memberikan aksi terbaik setiap perlawanan.
Pasukan negara bakal memulakan kempen peringkat kumpulan dengan menentang Ukraine pada 17 Januari diikuti dengan Oman (19 Januari) dan menutup kempen peringkat Kumpulan A dengan menentang Singapura (20 Januari(. Berikut adalah senarai pemain hoki negara yang akan beraksi di Kejohanan Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia 2014/2015 di Singapura :

PENJAGA GOL : 
S Kumar, Roslan Jamaludin

PERTAHANAN :
Azlan Misron, Baljit Singh, Mohamad Shukri Abdul Mutalib, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin, Muhammad Razie Abdul Rahim (Ketua Pasukan)

TENGAH :  
Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Faiz Helmi Jali, Meor Muhamad Azuan Hasan, Mohd Fitri Saari, Muhammad Marhan Mohd Jalil, Nabil Fiqri Mohd Noor

PENYERANG : 
Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil, Muhammad Haziq Samsul, Faizal Saari, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, Muhammad Firhan Ashari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa