Nuffnang Ads

Sabtu, 31 Januari 2015

Lumba Basikal : 22 Pasukan Le Tour de Langkawi 2015

Kejohanan Lumba Basikal berprestij Le Tour de Langkawi 2015 akan berlangsung pada 8 hingga 15 Mac 2015 akan datang. Sebanyak 22 pasukan akan bersaing dalam perlumbaan 8 peringkat perlumbaan meliputi jarak kira-kira 1,104.9 km. Apa yang menariknya, kejohanan tahun ini berjaya menarik minat pasukan gergasi yang berjaya menjuarai kejohanan Le Tour de France iaitu Team Sky dari Britain. Selain itu juga, 3 pasukan profesional lain yang akan menyertai kejohanan edisi kali ini adalah Astana Pro Team, Orica-GreenEdge dan Tinkoff-Saxo.

Berikut adalah senarai 22 pasukan yang bakal menyertai kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2015 akan datang :

Pasukan Profesional (4 Pasukan)
Team Sky (Britain)
Astana Pro Team (Kazakhstan)
Orica-GreenEdge (Australia)
Tinkoff-Saxo (Denmark)

Pasukan Profesional Benua (7 Pasukan)
Colombia (Colombia)
Androni-Venezuela (Vanezuela)
MTN-Qhubeka (Russia)
Unitedhealthcare Profesional (USA)
Yellow Fluo (Itali)
Bretagne-Seche Environnement (Peru)
Bardiani-CSF (Itali)

Pasukan Benua (10 Pasukan)
Terengganu Cycling Team (Malaysia)
Aisan Racing Team (Jepun)
Hengxiang CT (China)
Synergy Baku Cycling Project (Azerbaijan)
Torku Sekerspor (Turki)
Pegasus Continental CT (India)
KSPO (Korea Selatan)
Giant-Champion System Pro-Cycling (China)
Skydive Dubai Pro CT (UAE)
National Sports Council CT (Malaysia)

Pasukan Kebangsaan (1 Pasukan)
Malaysia (Malaysia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa