Nuffnang Ads

Ahad, 1 Februari 2015

Bola Sepak : Australia Juara AFC Piala Asia 2015

Pasukan Australia atau The Socceroos muncul juara Kejohanan Bola Sepak AFC Piala Asia 2015 selepas berjaya mengecewakan pasukan Korea Selatan dalam perlawanan akhir yang berlanjutan sehingga masa tambahan dengan keputusan 2-1. Kemenangan ini membolehkan pasukan Australia merangkul kejuaraan buat kali pertama setelah sekadar muncul naib juara pada kejohanan edisi 2011 yang lalu. Dengan kemenangan ini juga memastikan pasukan Australia di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Ange Postecoglu akan mewakili pasukan AFC ke kejohanan Piala Konfederasi 2017 di Russia akan datang.

Gol-gol pasukan Australia dijaringkan oleh pemain terbaik AFC Piala Asia 2015, Massimo Luango dan James Troisi manakala gol pasukan Korea Selatan pula dijaringkan oleh Son Heung-Min. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan The Socceroos atas kejayaan mereka merangkul kejuaraan AFC Piala Asia 2015. Kejohanan seterusnya akan berlangsung pada tahun 2019 akan datang.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa