Nuffnang Ads

Rabu, 11 Februari 2015

Bola Sepak : Cabaran Johor Darul Ta'zim FC Berakhir

Harapan pasukan negara, Johor Darul Ta'zim FC untuk melangkah ke pusingan ketiga saingan playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2015 berakhir apabila tewas 0-3 kepada kelab dari Thailand, Bangkok Glass FC di gelanggang lawan. Kekalahan ini walaupun amat mengecewakan tetapi bagi Bual Sukan, JDT FC telah melakukan yang terbaik untuk pasukan negara. JDT FC akan mewakili pasukan negara ke kejohanan Piala AFC 2015 bersama-sama dengan pasukan Pahang. Pasukan JDT FC diundi dalam Kumpulan F bersama-sama pasukan Kitchee FC (Hong Kong), East Bengal (India) dan Belestier Khalsa (Singapura)

Bual Sukan mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan JDT FC serta Pahang dalam saingan Piala AFC 2015 akan datang. Tidak mustahil, pasukan JDT FC dan Pahang mampu melangkah lebih jauh dalam saingan kejohanan tahun ini.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa