Nuffnang Ads

Ahad, 1 Februari 2015

Bola Sepak : JDT FC Juara Piala Sultan Hj. Ahmad Shah 2015

Pasukan Johor Darul Ta'zim FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan berjaya mencatat kemenangan perlawanan pembuka tirai saingan Liga Malaysia 2015 sekaligus merangkul kejuaraan Piala Sultan Hj. Ahmad Shah 2015 atau Piala Sumbangsih 2015 setelah berjaya menewaskan pasukan Pahang atau Tok Gajah dengan keputusan 2-0. Dengan kemenangan ini juga, membantu pasukan JDT FC meraih 3 mata berharga untuk saingan Liga Super 2015. Gol-gol pasukan JDT FC dijaringkan oleh pemain import mereka iaitu Marcos Antonio dan Luciano Figeroa kedua-duanya adalah melalui tandukan daripada sepakan sudut Ketua Pasukan, Safiq Rahim.

Pasukan JDT FC di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Croatia, Bojan Hodak pastinya akan menjadi pasukan pilihan mempertahankan kejuaraan Liga Super 2015. Namun begitu, saingan pasukan lain pastinya sengit serta menjanjikan aksi yang mantap bagi merebut kejuaraan musim ini. Tahniah kepada pasukan Harimau Selatan atas kejayaan menjuarai Piala Sultan Hj. Ahmad Shah 2015.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa