Nuffnang Ads

Rabu, 25 Februari 2015

Bola Sepak : Keputusan Piala AFC 2015 Pasukan Pahang


Pasukan Pahang atau nama gelaran mereka Tok Gajah merupakan antara 2 wakil Malaysia yang akan bersaing dalam Kejohanan Piala AFC 2015 bersama-sama dengan pasukan Johor Darul Ta'zim FC. Pasukan Pahang diundi dalam Kumpulan G bersama-sama dengan pasukan Yadanarbon (Juara Liga Myanmar), South China (Pemenang Playoff Liga Hong Kong) dan Global FC (Juara Liga Filipina - Juara Divisyen 1 United Football League). Peluang semua pasukan untuk melangkah ke pusingan seterusnya adalah seimbang kerana mereka mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing.
Bual Sukan percaya pasukan Pahang mampu mengharumkan nama negara dengan melangkah ke pusingan seterusnya. Anak-anak buah Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan pastinya akan sedaya upaya mempamerkan persembahan terbaik dalam setiap perlawanan. Berikut adalah keputusan perlawanan Piala AFC 2015 pasukan Pahang :

25 Februari 2015
Yadanarbon (GL) menang 3-2 
(Dickson Nwakaeme (2), R.Gopinathan)

11 Mac 2015
Global (GS) seri 0-0

17 Mac 2015
South China (GS) tewas 0-1

15 April 2015
South China (GL) tewas 1-3
(Dickson Nwakaeme)

29 April 2015
Yadanarbon (GS) menang 7-4
(Dickson Nwakaeme (3), D.Saarvindran (2), Matias Conti, Mohd. Hafiz Kamal

13 Mei 2015
Global (GL) seri 0-0

* Pahang melangkah ke pusingan 16 selaku Naib Juara Kumpulan G

26 Mei 2015 - Pusingan 16 Terbaik
Persipura Jayapura (GL) - Perlawanan dibatalkan ekoran masalah visa pemain

** Pahang melangkah ke pusingan Suku Akhir (kemenangan percuma) 

26 Ogos 2015 - Suku Akhir 1
Istiklol (GL) tewas 0-4

16 September 2015 - Suku Akhir 2
Istiklol (GS) menang 3-1
(Hafiz Kamal (2), D.Saarvindran)

*** Pahang tewas agregat 3-5. 

**** Kemaskini pada 17 September 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa