Nuffnang Ads

Rabu, 18 Februari 2015

Bola Sepak : Pasukan mana bakal ke Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2014/15?

Liga Juara-Juara Eropah 2014/15 kini telah menuju ke saingan 16 pasukan terbaik seterusnya merebut 8 tiket ke pusingan Suku Akhir. Dengan juara bertahan musim lalu, Real Madrid sekali lagi akan berusaha mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki. Namun begitu saingan 15 pasukan lain dijangka sengit apatah lagi setiap kelab pastinya ingin kejuaraan piala berprestij kelab-kelab eropah. Antara pasukan yang menjadi pilihan utama ialah Real Madrid, FC Bayern Munich, FC Barcelona, Atletico Madrid, Chelsea dan Borussia Dortmund. Namun saingan pasukan-pasukan lain seperti PSG, Arsenal, Manchester City, Bayer Leverkusen, FC Porto, Shakhtar Donetsk, AS Monaco, Schalke 04, Juventus dan FC Basel juga pastinya akan mempamerkan aksi terbaik untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Bual Sukan berpandangan, saingan pusingan 16 terbaik ini adalah seimbang di mana kesemua pasukan ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing yang mampu memerangkap pihak lawan. Perlawanan di gelanggang sendiri perlu dimanfaatkan oleh setiap pasukan bagi mencerahkan laluan mereka ke peringkat suku akhir. Pasukan manakah yang bakal melangkah ke saingan suku akhir? Sama-sama kini saksikan pusingan 16 pasukan terbaik yang dijadualkan berlangsung pada 17, 18, 24 dan 25 Februari bagi Pusingan Pertama manakala 10,11, 17 dan 18 Mac bagi pusingan kedua.
Pautan kekal imej terbenam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa