Nuffnang Ads

Khamis, 19 Februari 2015

Bola Sepak : Pasukan mana bakal ke Pusingan 16 Terbaik Piala Liga Europa 2014/15?

Kejohanan Piala Liga Europa 2014/15 telah memasuki pusingan 32 pasukan terbaik dengan 24 pasukan dari saingan kumpulan Piala Liga Europa manakala 8 pasukan lagi adalah pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2014/15. Pasukan Juara bertahan musim lalu, Sevilla dari Sepanyol pastinya sekali lagi akan berusaha mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki. Namun saingan pastinya sukar apatah lagi setiap pasukan pastinya berusaha keras mencapai keputusan cemerlang untuk terus bersaing dalam pusingan seterusnya.

Pada pandangan Bual Sukan, saingan musim ini sukar diramal berikutan setiap pasukan mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing. Setiap pasukan juga pastinya akan memanfaatkan aksi di gelanggang sendiri untuk mencari bekalan selesa selain berusaha mempamerkan persembahan terbaik mencari sesuatu di gelanggang lawan. Pasukan manakah yang akan meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 Pasukan terbaik? Sama-samalah kita tunggu dan lihat aksi pasukan-pasukan yang bersaing dalam Piala Liga Europa 2014/15 bagi Pusingan 32 terbaik ini.
Pautan kekal imej terbenam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa