Nuffnang Ads

Khamis, 5 Februari 2015

Bola Sepak : Pasukan manakah bakal mencabar kejuaraan Liga Super 2015?

Musim baru Liga Malaysia 2015 telahpun bermula dengan pasukan Johor Darul Ta'zim FC berjaya merangkul kejuaraan perlawanan pembuka tirai iaitu Piala Sultan Hj. Ahmad Shah 2015 atau Piala Sumbangsih 2015 apabila berjaya menewaskan pasukan Pahang dengan keputusan 2-0. Saingan Liga Super 2015 pastinya menarik untuk disaksikan apatah lagi setiap pasukan yang bersaing masing-masing menandatangani serta membawa masuk pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import berkualiti bagi memantapkan pasukan menghadapi saingan mencabar musim ini.

Pasukan Juara Bertahan Liga Super 2014, JDT FC atau Harimau Selatan pastinya sekali lagi bakal menjadi antara pasukan pilihan saingan musim ini. Dengan barisan pemain-pemain tempatan serta pemain=pemain import berkualiti, pasukan JDT FC dilihat mantap dari semua posisi. Namun begitu, saingan daripada 11 pasukan lain pastinya sengit kerana setiap pasukan pastinya ingin ingin bersaing serta mengelakkan tersingkir ke saingan Liga Premier 2016 akan datang. Pada pandangan Bual Sukan, setiap pasukan mempunyai peluang sekiranya berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang untuk mencipta keputusan membanggakan. Selain itu, perancangan strategi dan taktikal pasukan juga bakal menentukan percaturan pasukan mana yang bakal berkesan.

Pasukan manakah yang bakal mencabar kejuraan Liga Super 2015 akan datang? Sama-samalah kita tunggu dan lihat kerancakan saingan Liga Super 2015 akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa