Nuffnang Ads

Khamis, 5 Februari 2015

Bola Sepak : Pasukan manakah bakal mencabar kejuaraan Liga Premier 2015?

Saingan Liga Premier 2015 akan bermula 6 Februari 2015 di mana 12 pasukan akan bersaing merebut gelaran juara selain 2 slot pasukan ke saingan Liga Super 2016 akan datang. Dengan setiap pasukan membawa masuk serta menandatangani pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import berkualiti, saingan musim ini dijangka amat menarik untuk disaksikan. Antara pasukan yang bakal menjadi pilihan ialah T-Team, PKNS FC, Pulau Pinang, Kedah, Johor Darul Ta'zim II, Negeri Sembilan dan Sabah manakala saingan pasukan seperti DRB Hicom FC, UiTM FC, SPA FC, Kuantan FA dan Kuala Lumpur juga harus diberikan perhatian oleh pasukan-pasukan lain.

Bual Sukan menjangkakan saingan Liga Premier 2015 sukar diramal kerana setiap pasukan mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang terhidang menjaringkan gol serta strategi dan taktikal berkesan pastinya akan membawa pasukan ke arah kejayaan dan kemenangan. Pasukan manakah yang bakal mencabar kejuaraan Liga Premier 2015 akan datang? Semoga saingan musim ini menjadi antara musim terbaik bola sepak negara. Semoga berjaya kepada kesemua pasukan yang akan bersaing dalam Liga Premier 2015 akan  datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa