Nuffnang Ads

Selasa, 24 Februari 2015

Bola Sepak : Saingan Liga Super 2015

Saingan Liga Super 2015 telah berlangsung 3 perlawanan bagi setiap pasukan. Selepas 3 perlawanan, 2 pasukan dari Liga Premier 2014 iaitu Felda United dan PDRM FA bersama pasukan muda Perak mengejutkan pasukan-pasukan pilihan apabila berjaya mendahului senarai 3 pasukan teratas. Paling mencuri tumpuan adalah juara Liga Premier 2014 iaitu PDRM FA yang mengejutkan 2 pasukan elit dalam saingan Liga Super 2015 iaitu JDT FC dan Kelantan dengan keputusan yang cemerlang. Barisan muda The Bos Gaurus Perak juga berjaya mengekalkan momentum dengan 2 kemenangan serta 1 seri menentang Sime Darby FC, ATM FA dan Singapore Lions XII manakala pendahulu carta Liga Super 2015, Felda United nyata mempamerkan persembahan konsisten dengan catatan 2 kemenangan serta 1 seri menentang Sime Darby FC, ATM FA dan Sarawak.

Namun begitu, saingan Liga Super 2015 masih panjang dan pasukan-pasukan seperti JDT FC, Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sime Darby FC, Sarawak, Singapore Lions XII dan ATM FA pastinya akan bangkit dalam perlawanan-perlawanan seterusnya. Pada pandangan Bual Sukan juga, setiap perlawanan adalah penting bagi semua pasukan untuk mencatatkan keputusan yang memberangsangkan dan setiap pasukan juga pasti akan mempamerkan persembahan terbaik masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa