Nuffnang Ads

Khamis, 26 Februari 2015

Bola Sepak : Saingan Piala FA Malaysia 2015

Saingan Piala FA Malaysia 2015 kini kembali dengan 36 pasukan akan bersaing merebut gelaran juara musim ini. Pasukan juara bertahan Piala FA 2014, Pahang atau Tok Gajah pastinya akan sedaya upaya mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki. Namun pasukan Pahang mendapat laluan sukar apabila diundi bertemu dengan Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta'zim FC seawal Pusingan Kedua. Turut berdepan laluan sukar adalah pasukan Naib Juara Piala FA 2014 yang juga merupakan pendahulu carta Liga Super 2015 Felda United yang dijadualkan bertemu dengan pasukan Gergasi Merah Selangor. 

Antara perlawanan lain yang turut menarik perhatian adalah pertemuan pasukan The Crocs Sarawak bertemu pasukan The Red Warriors Kelantan serta pasukan The Cops PDRM FA bertemu dengan Sabah. Perlawanan lain juga turut menjanjikan aksi terbaik setiap pasukan dan tidak mustahil pasukan-pasukan negeri dan kelab yang beraksi di Liga FAM 2015 dan Liga Premier 2015 mencatatkan keputusan mengejut ke atas lawan mereka dari pasukan Liga Super 2015. Bual Sukan percaya saingan musim ini pastinya akan menjanjikan aksi menarik serta dramatik sehingga tiupan wisel penamat. Semoga berjaya kepada semua pasukan yang bersaing. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa