Nuffnang Ads

Rabu, 11 Februari 2015

Bual Sukan : Hoki & Sepak Takraw di Landasan Kebangkitan

Kejayaan pasukan hoki dan sepak takraw negara baru-baru ini merupakan antara platform terbaik untuk kedua-dua sukan ini bangkit semula setelah mengalami kemerosotan prestasi yang nyata amat mengecewakan peminat sukan negara. Momentum ini perlu diteruskan lagi apatah kedua-dua sukan ini mempunyai kalangan peminat yang tersendiri. 

Pasukan hoki negara dalam waktu terdekat ini bakal menghadapi kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2015 selain pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia 2014/2015 akan datang. Pasukan Sepak Takraw negara pula bakal menghadapi Kejohanan Super Siri Istaf selain saingan Sukan SEA 2015 di Singapura. Semoga tahun 2015 ini bakal menjadi medan kebangkitan sukan negara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa