Nuffnang Ads

Ahad, 8 Februari 2015

Hoki : Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015

Kejohanan Hoki Piala Sultan azlan Shah 2015 akan berlangsung pada 5 hingga 12 April 2015 akan datang. Kejohanan hoki jemputan ini merupakan edisi ke 24 sejak ianya diperkenalkan. Kejohanan edisi kali ini akan disertai oleh 6 pasukan termasuk juara bertahan kejohanan edisi lalu, Australia yang juga merupakan juara dunia, selain Malaysia selaku tuan rumah. 4 negara lain yang turut mengesahkan penyertaan ialah New Zealand, Korea Selatan, India dan Kanada. Kejohanan ini juga pastinya menarik perhatian apatah lagi pasukan hoki negara menunjukkan peningkatan apabila berjaya menjuarai Pusingan Kedua Kelayakan Hoki Liga Dunia 2014/15 yang berlangsung di Singapura Januari lalu.

Kejohanan ini juga pastinya akan digunakan sepenuhnya oleh pasukan negara dalam persiapan menghadapi Separuh Akhir Kejohanan Hoki Liga Dunia 2014/15 akan datang. Berdasarkan kedudukan ranking semasa, Australia di kedudukan pertama dunia, New Zealand (7), Korea Selatan (8), India (9), Malaysia (12) dan Kanada (13). Butiran lanjut kejohanan ini Bual Sukan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

5 April 2015 (Ahad)
Australia lwn Kanada (7-0)
Korea Selatan lwn India (2-2)
New Zealand lwn Malaysia (4-2)

6 April 2015 (Isnin)
Kanada lwn Korea Selatan (1-3)
New Zealand lwn India (2-1)
Australia lwn Malaysia (3-2)

8 April 2015 (Rabu)
Kanada lwn New Zealand (0-5)
Korea Selatan lwn Australia (2-5)
India lwn Malaysia (2-3)

9 April 2015 (Khamis)
India lwn Kanada (5-3)
New Zealand lwn Australia (1-3)
Malaysia lwn Korea Selatan (2-3)

11 April 2015 (Sabtu)
Australia lwn India (2-4)
Korea Selatan lwn New Zealand (3-3)
Malaysia lwn Kanada (4-1)

12 April 2015 (Ahad)
Malaysia lwn Kanada (4-4) - Kanada menang 3-1 Penentuan Penalti
Korea Selatan lwn India (2-2) - India menang 4-1 Penentuan Penalti
Australia lwn New Zealand (2-2) - New Zealand menang 3-1 Penentuan Penalti

* Kemaskini pada 13 April 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa