Nuffnang Ads

Khamis, 19 Mac 2015

Bola Sepak : 8 Kelab Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2014/15

Kejohanan Bola Sepak berprestij kelab-kelab eropah Liga Juara-Juara Eropah telah memasuki pusingan suku akhir dengan 8 pasukan berjaya mengesahkan kemaraan ke peringkat ini. Pasukan-pasukan ini bakal merebut 4 tempat ke separuh akhir seterusnya 2 tempat ke perlawanan akhir. Kejohanan kali ini sekali lagi menyaksikan tiada kelab dari Liga Perdana Inggeris melangkah ke suku akhir setelah ketiga-tiga wakil di pusingan 16 terbaik tewas kepada lawan masing-masing sama ada dari segi peraturan gol di tempat lawan serta kekalahan dari segi agregat.

Pasukan Juara Bertahan serta Naib Juara musim lalu dari Sepanyol iaitu Real Madrid dan Atletico Madrid berjaya mengesahkan kemaraan bersama-sama dengan kelab senegara FC Barcelona, FC Bayern Munich (Jerman), FC Porto (Portugal), PSG (Perancis), AS Monaco (Perancis) serta Juventus (Itali). Undian peringkat suku akhir akan diadakan pada 20 Mac 2015 bersama-sama dengan undian suku akhir Piala Liga Europa 2014/15. Pusingan ini dijangka lebih sengit dengan setiap pasukan pastinya akan meneruskan kecemerlangan bagi melangkah ke pusingan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa