Nuffnang Ads

Isnin, 2 Mac 2015

Bola Sepak : Chelsea Juara Piala Liga Inggeris 2014/15

Pasukan The Blues, Chelsea bimbingan pengurus Jose Mourinho berjaya merangkul kejuaraan Piala Liga Inggeris 2014/15 atau Capital One Cup 2014/15 apabila berjaya menewaskan pasukan Tottenham Hotspurs dengan jaringan 2-0. Gol-gol pasukan Chelsea dijaringkan oleh Ketua Pasukan mereka, John Terry serta jaringan gol sendiri oleh pemain pertahanan Tottenham, Kyle Walker. Ini merupakan trofi kejuaraan ke 21 buat Pengurus Jose Mourinho sepanjang 15 tahun menjadi pengurus pasukan. 

Keputusan ini nyata mengecewakan Pengurus Tottenham, Mauricio Pallegrini dan peminat-peminat pasukan Spurs yang mengimpikan kejuaraan Piala Liga Inggeris musim ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan Chelsea atas kejayaan merangkul kejuaraan Piala Liga musim 2014/15 kali ini. Seterusnya pasukan Chelsea selaku pendahulu Liga Perdana England pastinya ingin menyasarkan kejuaraan musim ini selain meneruskan cabaran dalam Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah 2014/15. Bagi Tottenham pula, pasukan mereka pasti akan memberi fokus menamatkan saingan di kedudukan 4 pasukan terbaik sekaligus beraksi di Liga Juara-Juara Eropah musim 2015/16 akan datang.
Sumber : ESPN Soccernet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa