Nuffnang Ads

Rabu, 18 Mac 2015

Bola Sepak : Persahabatan Antarabangsa Malaysia - Oman

Pasukan Harimau Malaya bimbingan Ketua Jurulatih Dollah Salleh bakal menghadapi perlawanan persahabatan kompetitif pertama tahun 2015 apabila bakal bertemu dengan pasukan Oman pada 26 Mac 2015 akan datang di Oman. Pasukan Oman merupakan pasukan yang bermain pada Kejohanan AFC Piala Asia 2015 yang lalu. Mereka berada di kedudukan ke 96 ranking FIFA serta pasukan ke 8 terbaik Zon AFC manakala pasukan Malaysia pula berada di kedudukan ke 153 ranking FIFA dan pasukan ke 29 terbaik Zon AFC.

Bagi menghadapi Oman kali ini, Ketua Jurulatih negara telah menyenaraipendekkan 20 pemain di mana 13 daripadanya adalah pemain yang beraksi sewaktu pasukan negara muncul selaku Naib Juara Piala AFF Suzuki 2014 yang lalu manakala 7 lagi pemain adalah pemain baru. Pertemuan ini amat penting bagi pasukan negara sebagai medan persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 akan datang. Selain itu juga, perlawanan ini juga akan dijadikan medan terbaik menguji barisan pemain-pemain lama serta pemain-pemain baru bagi membentuk pasukan yang mantap. 

Berikut adalah senarai 20 orang pemain yang terpilih menjalani latihan bersama pasukan Harimau Malaya serta 5 pemain yang diletakkan selaku calon simpanan menghadapi perlawanan persabatan menentang Oman akan datang :  

Penjaga Gol : 
Farizal Marlias (Johor Darul Ta'zim FC)
Khairul Azhan Khalid (PAH)

Pertahanan : 
S Kunanlan (Johor Darul Ta'zim FC)
Fadhli Shas (Johor Darul Ta'zim FC) 
Muslim Ahmad (PDRM FA)
Afif Amiruddin (PDRM FA)
Zubir Azmi (Terengganu)
Che Rashid Che Halim ((Johor Darul Ta'zim II)

Tengah :
Safiq Rahim (Johor Darul Ta'zim FC)
Amri Yahyah (Johor Darul Ta'zim FC)
Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan) menggantikan S Chanturu (Johor Darul Ta'zim FC)
R Gopinathan (Pahang) menggantikan Junior Eldstal (Johor Darul Ta'zim FC)
Indra Putra Mahayuddin (Felda United)
Ahmad Syamim Yahya (Felda United)
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Joseph Kalang Tie (Sarawak)
Akram Mahinan ((Johor Darul Ta'zim II)

Penyerang :
Norshahrul Idlan Talaha (ATM FA)
Abdul Manaf Mamat (Terengganu)
Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

Senarai Menunggu (jika ada pemain cedera) : 
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Safee Sali (Johor Darul Ta'zim FC)
Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan)
R Gopinathan (Pahang)
K Gurusamy (Selangor)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa