Nuffnang Ads

Sabtu, 18 April 2015

Badminton : Ranking Dato' Lee Chong Wei Menjunam

Ranking bekas pemain nombor 1 dunia yang juga pemain badminton kebanggaan Malaysia, Dato, Lee Chong Wei semakin lama semakin menurun. Ini adalah ekoran beliau telah lama tidak beraksi dalam Kejohanan Siri Super BWF sejak beliau digantung sementara akibat isu doping. Perkara ini pastinya menggusarkan ekoran ketiadaan pemain perseorangan yang mempunyai kehebatan seperti beliau. Sukan Badminton negara juga semakin hari semakin merosot ekoran kebergantungan yang tinggi terhadap Dato' Lee Chong Wei. Kes beliau telah dibicarakan dan sehingga kini keputusan berkaitan masih belum diumumkan.

Bual Sukan berharap kes tersebuk memihak  Dato, Lee Chong Wei dan beliau akan kembali cergas serta beraksi kembali mengharumkan persada sukan badminton tanahair yang semakin suram kebelakangan ini ekoran kegagalan demi kegagalan. Peminat sukan negara terutamanya sukan badminton, sangat mengharapkan Persatuan Badminton Malaysia atau BAM yang telah melantik Pengarah Teknikal berpengalaman, Morten Frost Hansen dapat sama-sama mencari formula terbaik bagi mengembalikan kegemilangan sukan badminton negara di persada antarabangsa. Bual Sukan percaya, BAM selaku badan bertanggungjawab pastinya mempunyai rancangan mengembangkan potensi-potensi baru badminton negara tanpa hanya bergantung kepada Dato' Lee Chong Wei.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa