Nuffnang Ads

Jumaat, 10 April 2015

Bola Sepak : 2015 CONCACAF Gold Cup

Kejohanan Piala Emas CONCACAF 2015 atau 2015 CONCACAF Gold Cup akan berlangsung pada 7 hingga 26 Julai 2015 akan datang dihoskan secara bersama oleh Amerika Syarikat dan Kanada. Kejohanan ini merupakan edisi ke 13 sejak ianya dipertandingkan dan merupakan kejohanan buat kali ke 23 bagi Zon CONCACAF secara keseluruhannya sepanjang 50 tahun yang lalu. Kejohanan ini akan disertai oleh 12 pasukan dari Zon CONCACAF di mana 12 pasukan ini telah dibahagikan ke dalam 3 Kumpulan. 

Pasukan yang muncul juara dan naib juara peringkat kumpulan layak ke suku akhir secara automatik manakala 2 pasukan lagi adalah pasukan terbaik di kedudukan ketiga peringkat kumpulan. Pasukan Amerika Syarikat atau USA merupakan juara bertahan edisi yang lalu pastinya sekali lagi akan mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki. Namun begitu, pasukan bimbingan Pengurus daripada Jerman, Jurgen Klinsmann ini pastinya akan mendapat tentangan sengit daripada 11 pasukan lain.

Berikut adalah undian Kumpulan serta Jadual Perlawanan Kejohanan Piala Emas CONCACAF 2015 atau 2015 CONCACAF Gold Cup akan  datang :
KUMPULAN A :
USA, Panama, Haiti, Honduras

7 Julai 2015
Panama lwn Haiti
USA lwn Honduras

10 Julai 2015
Honduras lwn Panama 
USA lwn Haiti
13 Julai 2015
Haiti lwn Honduras
Panama lwn USA 

KUMPULAN B :
Costa Rica, El Salvador, Jamaica, Kanada

8 Julai 2015
Costa Rica lwn Jamaica
El Salvador lwn Kanada

11 Julai 2015
Jamaica lwn Kanada
Costa Rica lwn El Salvador 

14 Julai 2015
Jamaica lwn El Salvador  
Kanada lwn Costa Rica

KUMPULAN C :
Mexico, Guatemala, Trinidad and Tobago, Cuba

9 Julai 2015
Trinidad and Tobago lwn Guatemala
Mexico lwn Cuba

12 Julai 2015
Trinidad and Tobago lwn Cuba
Guatemala lwn Mexico

15 Julai 2015
Cuba lwn Guatemala
Mexico lwn Trinidad and Tobago

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa