Nuffnang Ads

Rabu, 1 April 2015

Bola Sepak : Bersediakah Pasukan Bola Sepak Malaysia?

Minggu lepas pada 26 Mac 2014 telah berlangsung perlawanan kompetitif pertama tahun 2015 untuk pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Dollah Salleh bertemu pasukan Oman. Keputusannya nyata mengecewakan apabila pasukan negara mengalami kekalahan besar 0-6 ke atas pasukan Oman yang beraksi pada Kejohanan AFC Piala Asia Australia 2015 Januari lalu. Pasukan negara selepas ini bakal menghadapi misi untuk Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Russia yang akan berlangsung serentak dengan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 UAE akan datang. Undian Kumpulan Kelayakan akan berlangsung pada 14 April ini dan pastinya laluan sukar bakal dihadapi oleh pasukan negara.
Selain itu, pasukan bawah 22 tahun negara juga beraksi dalam saingan Pusingan Kelayakan Piala AFC Bawah 23 Tahun di mana anak-anak buah Ketua Jurulatih, Razip Ismail gagal dalam misi memburu kedudukan 2 pasukan terbaik kumpulan apabila gagal mencatat keputusan yang baik setelah tewas 1-2 kepada Vietnam, 0-1 kepada Jepun serta menang 2-0 menentang Macau. Kegagalan tersebut nyata mengecewakan apatah lagi pusingan kelayakan tersebut dilangsungkan di Malaysia. Nyata kejayaan menjuarai Kejohanan Jemputan Piala Emas Bangabandhu 2015 di Bangladesh gagal diulangi pasukan muda negara. Pasukan muda negara ini bakal meneruskan saingan dalam Liga Singapura 2015 akan datang.
Dalam pada itu, pasukan Harimau Muda A di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee juga dalam fasa mempersiapkan pasukan menghadapi Sukan SEA 2015 di Singapura bulan Jun akan datang. Dalam 3 perlawanan yang diadakan pasukan negara mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang pasukan bawah 22 tahun Korea Utara dan tewas 2 perlawanan menentang 2 kelab Thailand iaitu Air Force Central (0-2) dan Police United (0-3). Dalam tempoh yang terdekat ini, persiapan pasukan perlu diperkemaskan dengan mencari pemain-pemain muda yang bakal menggalas cabaran untuk merangkul Pingat Emas Sukan SEA 2015 akan datang.

Jika dilihat prestasi pasukan negara, nyata ianya amat mengecewakan. Namun begitu, masih terdapat sinar dalam arena bola sepak negara apabila terdapat ramai pemain-pemain muda berpotensi yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi di masa-masa akan datang. Bual Sukan percaya, pihak berwajib bola sepak negara perlu melakukan sesuatu bagi memastikan bola sepak negara kembali bergegar dan digeruni seperti suatu masa dahulu. Selain itu, perlawanan-perlawanan antarabangsa yang lebih kompetitif juga perlu dirancang dengan rapi selain pemilihan pemain-pemain terbaik mewakili pasukan negara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa