Nuffnang Ads

Jumaat, 17 April 2015

Bola Sepak : Calon Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA 2014/15

Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA 2014/15 atau PFA Player of The Year 2014/15 bakal direbut oleh 6 pemain yang telah disenaraipendekkan. Anugerah ini mengiktiraf pemain yang telah mempamerkan permainan terbaik sepanjang musim 2014/15 ini. Pemenang Anugerah tahunan ini akan diumumkan pada Majlis Gala 26 April 2015 akan datang. Musim lalu, anugerah ini telah dimenangi oleh Luis Suarez dari pasukan Liverpool. 

6 pemain yang telah disenaraikan bagi merebut Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA 2014/15 ialah Eden Hazard & Diego Costa (Chelsea), Harry Kane (Tottenham), Alexis Sanchez (Arsenal), David de Gea (Manchester United) serta Philip Cautinho (Liverpool). Bagi anugerah pemain muda terbaik pula 6 pemain yang disenaraikan ialah Eden Hazard & Thibaut Courtois (Chelsea), Harry Kane (Tottenham), David De Gea (Manchester United) serta Philip Cautinho & Raheem Sterling (Liverpool). Saingan pastinya sengit namun kebanyakan ramalan menjangkakan Eden Hazard (Chelsea) adalah calon utama memenangi Anugerah Pemain Terbaik serta Anugerah Pemain Muda Terbaik PFA 2014/15.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa