Nuffnang Ads

Selasa, 21 April 2015

Bola Sepak : Itu Senarai Palsu

Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Dollah Salleh telah menafikan bahawa senarai yang dikeluarkan tersebut adalah tidak benar. Beliau kini masih memantau pemain-pemain yang bakal dipanggil menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan bagi menghadapi perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Dalam jangka terdekat ini, pasukan negara bakal menghadapi 2 perlawanan bertemu dengan 2 kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Tottenham dan Liverpool. Beliau dijangka akan menggunakan kesempatan 2 perlawanan ini bagi menguji pemain-pemain yang dipanggil kelak.

Pasukan Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta'zim FC atau JDT FC telah mengeluarkan kenyataan tidak akan melepaskan pemain-pemain yang dipanggil kecuali perlawanan tersebut melibatkan kepentingan pasukan negara. Bual Sukan bersetuju dengan tindakan ini kerana ianya adalah sekadar perlawanan pertunjukkan tanpa menjejaskan mata serta kedudukan ranking pasukan negara. Apa yang penting adalah mencari perlawanan-perlawanan kompetitif di peringkat antarabangsa seperti mengadakan perlawanan persahabatan bertemu pasukan-pasukan serantau, pasukan-pasukan asia atau pasukan-pasukan Zon Ocenia atau pasukan-pasukan Afrika. Perlawanan ini sekaligus dapat membantu meningkatkan peluang pasukan negara memperbaiki kedudukan ranking FIFA pasukan negara. Apapun, berdasarkan senarai palsu tersebut, Bual Sukan percaya pemain-pemain yang bakal terpilih pastinya akan berusaha bersungguh-sungguh bagi meningkatkan semula imej Harimau Malaya di masa akan datang.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa