Nuffnang Ads

Khamis, 16 April 2015

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Harimau Malaya di Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Russia

Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Ketua Jurulatih Dollah Salleh berdepan ranjau serta laluan sukar untuk melangkah ke pusingan ketiga kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon AFC apabila diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan pasukan UAE, Arab Saudi, Palestin dan Timor Leste. Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan diadakan bersekali dengan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. 

Berdasarkan kedudukan ranking semasa FIFA, pasukan negara berada di kedudukan terendah berbanding 4 pasukan ini. Pasukan UAE dan Arab Saudi merupakan lawan yang sukar untuk ditewaskan manakala pasukan Palestin dan Timor Leste pula walaupun serba kekurangan berbanding pasukan Malaysia namun pasukan mereka kini berada di kedudukan terbaik berbanding Malaysia. Ini jelas menunjukkan peningkatan kedua-dua pasukan ini walaupun kekurangan fasiliti sukan di negara masing-masing. Namun begitu, Bual Sukan percaya pasukan negara mampu mengembalikan kebangkitan bola sepak negara suatu ketika dahulu. Berikut adalah Jadual Perlawanan Bola Sepak Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia bagi pasukan Harimau Malaya :
11 Jun 2015 - Timor Leste

16 Jun 2015 - Palestin

3 September 2015 - UAE

8 September 2015 - Arab Saudi

13 Oktober 2015 - Timor Leste

12 November 2015 - Palestin 

17 November 2015 - UAE

24 Mac 2016 - Arab Saudi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa