Nuffnang Ads

Sabtu, 11 April 2015

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Bola Sepak Harimau Malaya 2015

Pasukan Harimau Malaya  pastinya ingin menjadikan tahun 2015 sebagai medan kebangkitan pasukan negara apatah lagi pada masa kini bola sepak negara mengalami kemerosotan dari prestasi serta kedudukan ranking semasa FIFA pasukan Malaysia yang menjunam. Pasukan Harimau Malaya mempunyai misi besar bagi tahun 2015 apabila bakal beraksi dalam Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia bagi Zon AFC yang berlangsung serentak dengan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 akan datang.

Pasukan negara dijangka menghadapi laluan berliku dalam pusingan kelayakan tersebut. Namun begitu, Bual Sukan percaya, barisan pemain terpilih mewakili negara akan mempamerkan permainan terbaik serta mampu melakar kejayaan yang diharapkan. Episod kegagalan demi kegagalan perlu dihapuskan oleh pasukan Harimau Malaya. Perancangan mengadakan lebih banyak perlawanan-perlawanan kompetitif juga perlu dirangka bagi memastikan pasukan negara teruji dan sentiasa bersedia menghadapi lawan yang bakal disaingi. Selain itu juga, Dollah Salleh perlu memastikan agar pemain-pemain yang dipilih kelak mampu membawa cabaran terbaik buat pasukan Harimau Malaya. 

Berikut adalah Keputusan Perlawanan Pasukan Harimau Malaya bagi tahun 2015 yang mana ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa : 

26 Mac 2015 : tewas kepada Oman (0-6)

6 Jun 2015 : seri dengan Hong Kong (0-0)

11 Jun 2015 : seri dengan Timor Leste (1-1) - Safee Sali

16 Jun 2015 : tewas kepada Palestin (0-6)

29 Ogos 2015 : seri dengan Bangladesh (0-0)

3 September 2015 : tewas kepada UAE (0-10)

8 September 2015 : tewas kepada Arab Saudi (1-2) - Safiq Rahim

8 Oktober 2015 : menang dengan Laos 3-1 - Christie Jayaseelan (2), Azamuddin Akil

13 Oktober 2015 : menang dengan Timor Leste 1-0 - Amri Yahyah

12 November 2015 : tewas kepada Palestin (0-6)

17 November 2015 : tewas kepada UAE 1-2 - Baddrol Bakhtiar

Jumlah Perlawanan : 11
Menang : 2
Seri : 3
Kalah : 6
Jaringan : 7
Bolos : 34

* Kemaskini pada 18 November 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa