Nuffnang Ads

Isnin, 13 April 2015

Bola Sepak : Pemain baru Pahang Matthew Davies

Matthew Davies merupakan pemain muda berusia 20 tahun kelahiran Australia yang mempunyai pertalian darah Malaysia di mana ibunya adalah berasal dari Sabah. Pemain yang sebelum ini mewakili kelab Liga Australia, Perth Glory telah ditandatangani oleh pasukan Juara Piala Malaysia 2014 dan Juara Piala FA 2014, Pahang atau Tok Gajah bagi memperkemaskan pasukan mereka pada pasaran perpindahan April 2015. Matthew Davies yang boleh beraksi di posisi pertahanan kanan atau sayap kanan telah diturunkan dalam perlawanan Liga Super 2015 menentang Kelantan pada 11 April 2015 yang lalu di mana beliau berjaya membantu pasukan Tok Gajah menewaskan The Red Warrior dengan keputusan 2-0. Ini merupakan kemenangan pertama Pahang ke atas lawan mereka di stadium keramat Kelantan sejak dari tahun 2004 yang lalu.

Walaupun Matthew Davies tidak menjaringkan gol, aksi mantap beliau di bahagian pertahanan kanan sangat menarik untuk diperkatakan di mana pada usia yang masih muda beliau mampu menyerap segala tekanan oleh penyokong dan pemain pasukan lawan. Datuk Ong Kim Swee juga tertarik untuk menyenaraikan beliau dalam skuad Sukan SEA 2015 Singapura akan datang. Bual Sukan percaya sebenarnya Malaysia mempunyai ramai lagi pemain-pemain berpotensi yang berpangkalan di seluruh dunia yang mempunyai pertalian darah Malaysia untuk diketengahkan tanpa mengabaikan pemain-pemain tempatan yang lain. Sebelum ini, 2 pemain naturalisasi yang telah diserap masuk dalam pasukan kebangsaan ialah Junior Eldstal dan Brendan Gan.

Sebenarnya penggunaaan pemain naturalisasi telah lama dilakukan oleh negara-negara seluruh dunia seperti Indonesia yang menggunakan pemain-pemain naturalisasi berdarah Indonesia terutamanya dari Belanda. Begitu juga Filipina, Timor Leste malahan negara-negara seperti Jerman, Sepanyol dan Portugal juga mempunyai pemain-pemain naturalisasi. Perkara ini perlu dilihat dari sudut positif oleh semua di mana ia sedikit sebanyak membantu mengangkat imej bola sepak Malaysia di persada yang lebih tinggi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa